BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 10, 2011

10 Perkara Menyebabkan Doa Tidak Dikabul

Suatu hari Ibrahim bin Adham telah berkata:"Wahai penduduk Basrah,hati kamu semua telah mati sebab ditutupi oleh sepuluh perkara,sebab itulah doa kamu tidak dikabulkan".
  1. Kamu semua mengetahui bermarifat kpd Allah,tetapi kamu semua tidak memenuhi hah-hakNya.
  2. Kamu semua membaca Al-Quran tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran.
  3. Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi kamu semua meninggalkan sunnahnya.
  4. Kamu semua mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu semua mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya.
  5. Kamu semua mengaku akan masuk syurga,tetapi kamu semua tidak mengamalkan perbuatan untuk dapatkan syurga.
  6. Kamu semua mengaku akan terselamat dari neraka jahanam tetapi kamu semua membuat kerja yang akan menceburkan kamu kedalam neraka jahannam.
  7. Kamu semua mengaku bahawa mati itu akan berlaku tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati itu.
  8. Kamu semua sentiasa mencari kecelaan saudara-saudaramu tetapi kamu tidak cuba mencari kecelaan kamu sendiri.
  9. Kamu semua talah merasai nikmat pemberian Allah s.w.t. tetapi kamu semua tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati di antaramu tetapi kamu tidak mahu mengambil ikhtibar dari itu.
diharapkan selepas kita membaca perkara diatas,kita dapat mngubah diri kita..Insyaallah..

No comments:

Post a Comment