- Kamu semua mengetahui bermarifat kpd Allah,tetapi kamu semua tidak memenuhi hah-hakNya.
- Kamu semua membaca Al-Quran tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran.
- Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi kamu semua meninggalkan sunnahnya.
- Kamu semua mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu semua mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya.
- Kamu semua mengaku akan masuk syurga,tetapi kamu semua tidak mengamalkan perbuatan untuk dapatkan syurga.
- Kamu semua mengaku akan terselamat dari neraka jahanam tetapi kamu semua membuat kerja yang akan menceburkan kamu kedalam neraka jahannam.
- Kamu semua mengaku bahawa mati itu akan berlaku tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati itu.
- Kamu semua sentiasa mencari kecelaan saudara-saudaramu tetapi kamu tidak cuba mencari kecelaan kamu sendiri.
- Kamu semua talah merasai nikmat pemberian Allah s.w.t. tetapi kamu semua tidak mahu bersyukur kepadaNya.
- Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati di antaramu tetapi kamu tidak mahu mengambil ikhtibar dari itu.
PN, PH atau BN? Soal-Jawab Semua Soalan Berkaitan PRU15 Untuk Pengundi Kali
Pertama.
-
Assalamualaikum w.b.t
PRU / GE kembali lagi dan kita semua sesama sendiri tetap bergaduh
bertengkaran saban hari mem-backup ahli politik yang tak pernah...
3 years ago
No comments:
Post a Comment