BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 10, 2011

Kisah Iblis Hairan Dengan 2 Perangai Manusia

Dlm sebuah kitab menerangkan bahwa Rasulullah s.a.w. telah bertnya iblis laknat:"Wahai iblis laknat apakah ikhtiar kamu sekrng keatas umatku,sbb aku tlh dibngkitkan untk mnyelamatkan semua bani Adam dri kafir kpd beriman kpd Allah s.w.t.".
Lalu iblis laknat mengangkt kpalanya ke hadrat Allah s.w.t dgn berkata:"Ya Rabbi! demi kemuliaanMu aku akn sentiasa bersungguh-sungguh untk menarik semua ank-ank Adam melakukan kerja-kerja maksiat selgi mereka itu masih brnafas,dan hamba akn mncmpurkan lelaki dan wanita bercmpur gaul dgn bebas supaya senang hamba mencelah didalamnya".
Kemudian turun firman Allah yg bermaksud:"Hai Mala'un demi kebesaranKu da ketinggianKu!Bahawa Aku akn sentiasa sedia akn mengampuni dosa umat Muhammad slagi mereka itu meminta ampun kepadaKu".
Rasulullah s.a.w. bertanya iblis:"Wahai iblis laknat Apa lgi yg engkau musykilkan?".
Berkata iblis laknat:"Ya Rasulullah s.a.w.sebenarnya hamba ini sangt hairan dgn prangai umatmu dlm 2 hal antaranya:-
  1. Mereka mengaku mencinta Allah s.w.t. padahal mereka itu taat kpd hamba dgn mengerjakan maksiat.
  2. Mereka sngt marah kpdku tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku".
Allah s.w.t. berfirman:"Hai Mala'un! Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu,sesungguhnya Aku anugerahi keatas umat Muhammad itu 2 kebahagiaan:-
  1. Kasih mereka itu kepadaKu maka Aku jadikan kaparah(penebus dosa) bagi maksiat yg mereka tlh lakukan krna perdayaan kamu.
  2. mrah mereka itu kpd kamu maka Aku jadikan keparah(penebus dosa) bagi maksiat yg mereka lakukan kepadaku".
Iblis laknat tercengang-cengang apabila mendgr bhawa umat Muhammad sngt-sngt dikasihai oleh Tuhan Al-Ghafuurur Rahim yg amat sngt mengampuni lgi amat sngt mengasihani hambanya dgn limpah rahmatnya.
Wahai saudara-saudaraku dri cerita yg kita baca ini maka dapatlah kita sendiri fikir kembali tntng 2 perkara yg menjadi kehairanan iblis laknat.
  1. Apabila kita kata kita mencintai Tuhan yg menciptakan kita,tetapi mengapakah kita masih lagi membuat kerja-kerja yg mndtgkan kemurkaan Allah.
  2. Apabila kita kata sngt benci kpd Iblis dan kuncu-kuncunya ttpi mengapakah kita mengikut segala perangai dan hasutannya.
Wahai saudara-saudaraku Allah s.w.t menyayangi kita lebih 70 kali dari sayangnya seorang ibu kpd anaknya.Oleh itu apakah kita masih hendak mnjadi org suruhan syaitan,apakah kita masih hendak mnjadi hamba kpd syaitan .Bukankah bodohlah kita apabila kita melupakan org yg memberikan rezeki kpd kita dan kita mnjadi tali barut syaitan.
Walaupun kita tahu syaitan itu jahat dan padanya tidak ada rasa malu,rasa belas kasihan dan sebagainya tetapi perangai itu juga yg kita hendak ikut.
Keadaan hari ini ibarat manusia sudah hilang akal,Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita supaya kita sentiasa berada dlm Islam pd setiap masa dan setiap keadaan,tetapi hari ini kita dpt liht sndiri begitu bnyk saudara-saudara kita tidk mahu mengikut cara hidup islam.Mereka memilih cara hidup tidak bermoral seperti suka berjudi,meminum arak,berpakaian ttp telanjang dan suka berdisko dikelab-kelab syaitan,suka berloncat-loncat dan menyanyi seperti org yg sedang dibakar dlm api neraka dan sebagainya.
Kalu diadakan qiamullail dgn pesta syaitan maka qiamullail itu akn tenggelam dan pesta syaitan itu lah yg akan paling ramai org mengikutinya.
Perkara seperti ini bukan perkara baru sbb Rasulullah s.a.w. telh bersabda bhawa diakhir zaman nnti manusia berpakaian tetpi telnjang.Yg kita sedih sekali meliht anak-anak muda kita sekrng tidak malu-malu mendedahkan auratnya.Yang perempuan mendedahkan 3/4 tubuhnya seksi dan si lelaki pula lebih kurang 2 kali 5.
Haruslah ingt setiap pendedahan aurat yg mmbangkitkan nafsu org yg melihatnya maka org yg mndedahkan tubuhnya itu baik lelaki atua perempuan maka dia akn mndpt saham dri perkara mendorong org yg melihatnya,dan dia juga akn mendpt ganjarannya apabila org yg meliht itu mndorongnya melakukan maksiat.
Tidakkah seseorg perempuan itu merasa malu mndedahkan paha,dada,rambut dan sebagainya untuk ditonton kpd org ramai.Bukankah seluruh anggota tubuh wanita itu ialah aurat yg harus ditutup supaya tidak ada mata org lain menjilat seluruh tubuhnya ,apakah seorang perempuan itu merasa bangga apabila memperlihtkan tubuhnya kpd org lain,Apakah dia tidak terfikir bhwa satu hari nnti dia akn berkahwin dan org lain pula akn menceritakan tntng tanda-tanda rahsia yg ada pada tubuhnya pada bakal suami.
Kalau ada anak selepas kahwin nnti tidakkah dia malu apabila anaknya itu melihat tubuhnya yg terdedah satu masa dahulu dlm majalah-majalah dan akhbar.
Janganlah jadikan islam itu satu agama yg sama dgn agama-agama yg karut,agama Islam ialah satu agama yg diiktiraf oleh pencipta manusia iaitu Allah s.w.t. Kembalilah kpd islam yg sejati dan sentiasalah ingt Allah itu sngt syng kpd kita ttpi kitalah yg sngt zalim kpd Allah.
Janganlah cuba melawan kekuasaan Allah,kita ini tidak lebih hnyalah seperti katak dibawah tempurung sahaja.Kerajaan Allah itu maha luas dan janganlah kita mengatakan sesuatu yg kita tidak tahu tntng Allah. Katakanlah Allahu akhbar.Allahu akhbar.Allahu akhbar...

10 Perkara Menyebabkan Doa Tidak Dikabul

Suatu hari Ibrahim bin Adham telah berkata:"Wahai penduduk Basrah,hati kamu semua telah mati sebab ditutupi oleh sepuluh perkara,sebab itulah doa kamu tidak dikabulkan".
  1. Kamu semua mengetahui bermarifat kpd Allah,tetapi kamu semua tidak memenuhi hah-hakNya.
  2. Kamu semua membaca Al-Quran tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran.
  3. Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi kamu semua meninggalkan sunnahnya.
  4. Kamu semua mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu semua mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya.
  5. Kamu semua mengaku akan masuk syurga,tetapi kamu semua tidak mengamalkan perbuatan untuk dapatkan syurga.
  6. Kamu semua mengaku akan terselamat dari neraka jahanam tetapi kamu semua membuat kerja yang akan menceburkan kamu kedalam neraka jahannam.
  7. Kamu semua mengaku bahawa mati itu akan berlaku tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati itu.
  8. Kamu semua sentiasa mencari kecelaan saudara-saudaramu tetapi kamu tidak cuba mencari kecelaan kamu sendiri.
  9. Kamu semua talah merasai nikmat pemberian Allah s.w.t. tetapi kamu semua tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati di antaramu tetapi kamu tidak mahu mengambil ikhtibar dari itu.
diharapkan selepas kita membaca perkara diatas,kita dapat mngubah diri kita..Insyaallah..

Sunday, March 6, 2011

15 perkara yang dibenci oleh iblis laknat dan 10 perkara yang menjadi kesukaannya

Dikisahkan dari Wahab bin Munabbih bahawa berkata ia:"Allah s.w.t telah menyuruh iblis berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w.Kemudian Iblis pun menyamar sebagai orang tua yang kelihatan cantik dan kemas bertemu dgn Rasulullah s.a.w.
Apabila Iblis berdiri dpn Rasulullah s.a.w. maka baginda pun bertanya.: "Siapakah Kamu?".Lalu Iblis Laknat berkata: "Aku adalah Iblis yg dilaknat Allah".Berkata Rasulullah s.a.w.:"Kenapa kamu dtg kemari?" berkata Iblis laknat:"Aku kemari adalah atas perintah Allah s.w.t untk mnjwb sgala pertanyaan kamu".Rasulullah memulakan pertanyaan:"Wahai Iblis katakan kepadaku berapa banyakkah musuh mu dari umatku?".Berkata Iblis laknat:"Musuhku terdiri dari umatmu itu ada 15 antaranya:-
  1. Engkau sendiri adalah musuhku.
  2. Imam/pemimpin yang adil.
  3. Orang kaya yg merendahkan diri kepda Allah s.w.t.
  4. Peniaga yg jujur.
  5. Orang alim yg khusyu' dlm mengerjakan solat.
  6. Org mukmin yg sentiasa memberi nasiht(ahli nasihat).
  7. Org mukmin yg sentiasa berkasih sayang antre satu dgn lain.
  8. Org yg sentiasa bertaubat.
  9. Org yg sentiasa menjauhkan diri dari segala yg haram.
  10. Org yg sentiasa bersuci.
  11. Org mukmin yg suka menyedekahkan hartanya kerana Allah.(dermawan)
  12. Org mukmin yg bagus akhlaknya.
  13. Org mukmin yg bermanfaat kpd org lain.
  14. Org yg menghafal Al-qur'an dan sntiasanya membacanya.
  15. Org yg bngun mlm mengerjakan solat ketika org lain sedang nyeyak tidur".
Rasulullah s.a.w bertanya kpd Iblis laknat lagi:"Wahai Iblis laknat,katakan kepdaku berapa bnyakkah rakan-rakanmu dari umatku?".
Berkata Iblis laknat:"Rakan-rakanku dari yg terdiri dari umatmu ialah 10,antaranya:-
  1. Hakim yg menganiaya,yakni tidak jujur dan tidak berlaku adil.
  2. Org kaya yg sombong dan bongkak.
  3. Peniaga yg kianat,suka menipu dlm urusan jual beli.
  4. Peminum arak.
  5. Org yg suka memutuskan tali persaudaraan.
  6. Org yg mengumpul harta dari jln riba.
  7. Org yg berlaku kianat memakan harta anak yatim.
  8. Org yg memandang ringn dlm mendirikan solat(suka melambat-lambatkn solat).
  9. Org yg enggan mengeluarkan zakat.
  10. Org yg suka berkhayal.
Kesemua mereka ini adalah rakan-rakanku".

Friday, February 4, 2011

Screen - Kau Bukan Milikku Lagi



Kau makin hilang Makin jauh dipandangan
Tak bisa aku untuk menghalang
Puas sudah aku cuba untuk memujukmu
Tapi ternyata hampa

Kau mengapa hancurkan hatiku
Oooo..batinku menangis kernamu

Ku petikkan gitar ku ini
Menghiburkan hatiku yang sepi
Kerana ditinggalkan kekasih
Yang aku sayangi

Tak bisa tuk'ku melupakan
Kenangan indahku bersamamu
Namun pun ku akui
Kau bukan milikku lagi

Maafkan aku wahai kekasih
Kerna jodohmu bukannya denganku

Ku petikkan gitar ku ini
Menghiburkan hatiku yang sepi
Kerana ditinggalkan kekasih
Yang aku sayangi

Tak bisa tuk'ku melupakan
Kenangan indahku bersamamu
Namun pun ku akui
Kau bukan milikku lagi

Kau makin hilang Makin jauh dipandangan
Tak bisa aku untuk menghalang
Terpisah jua irama dan lagu
Cinta menjadi debu..

Wednesday, December 8, 2010

Manfaat Tumbuhan Liar Untuk Kaum Adam

  • Kemenyan:
Kemenyan atau disebut Styrax Benzoin Dryand dalam bahasa saintifiknya merupakan tumbuhan liar yang hidup subur di dalam hutan.Tumbuhan ini ditanam dengan menggunakan kaedah penanaman biji benih.Menariknya,biji benihnya boleh disimpan sehingga sebulan sebelum ditanam.
              Khasiat: Kemenyan halus yang ditabur di dalam air mendidih dan disejukkan seketika boleh digunakan untuk mencuci dan merawat luka selepas berkhatan.
  • Pinang pacat 
Pinang pacat merupakan spiesis pohon palma kecil yang tumbuh serumpun.Habitat utamanya adalah di kawasan hutan pamah,hutan bukit dan hutan bukit tinggi.Secara fizikal,buah pinang pacat berbentuk lonjong.ia menghasilkan buah bewarna putih kuning semasa muda dan bertukar menjadi merah setelah masak serta boleh dimakan dengan sirih sebagai pengganti pinang.
              Khasiat: Bahagian akar dan batangnya yang direbus bersama tongkat ali dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin lelaki.
  • Lemba
Lembah adalah tumbuhan herba yang mempunyai daun bertangkai pendek,lurus atau panjang.Ia mempunyai bunga bewarna kuning cerah berukuran lima hingga 20sentimeter panjang.Buahnya berwarna hijau sewaktu muda dan bertukar menjadi putih setelah masak.
              Khasiat:  Air rebusan daun dan akar pohon lembah dipercayai dapat mengatasi masalah mati pucuk yang amat digeruni oleh kaum lelaki.

Pokok Lemba
 


                                                     Styrax Benzoin Dryand(kemenyan)


Buah Pinang Pacat  

Sunday, December 5, 2010

Apa Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?

  • Lelaki dambakan kejujuran dan komunikasi mesra: 
Ada wanita percaya lelaki sukakan pasangan yang boleh mengikuti apa sahaja kehendak tanpa bantahan.Ada juga yang berpendapat wanita tidak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat dan khuatir pendapat mereka hanyalah dipandang sebelah mata oleh pasangan.Sebenarnya,lelaki mengutamakan kejujuran dalam berkomunikasi.Mereka mahu pasangan memberi jawapan,pendapat dan informasi dengan jujur dan bukannya mengikut sahaja segala percakapan mereka.Lelaki juga mahu pasangan mereka menyatakan kehendak dengan penuh keyakinan dan realistik dalam membincangkan sesuatu topik.Paling penting,jangan menjadi terlalu kritikal dan emosi.

  • Lelaki mahukan wanita yang berkeyakinan dan berdikari:
Lelaki mahukan wanita memilih mereka sebagai pasangan hidup kerana cinta bukannya kerana terpaksa atau harta.Mereka ingin dimanja dan berasa diri diperlukan oleh pasangan.Malah begitu menghargai masa yang diluangkan bersama.Namun,itu bukan bermakna mereka mahukan wanita yang hanya mengharapkan dan bergantung kepada mereka semata-mata.Dalam masa yang sama,mereka juga mahukan pasangan yang aktif dan berdikari.Sedangkan wanita pula memikirkan bahawa lelaki tidak begitu menghargai masa yang mereka nikmati bersama.Dan mereka juga percaya,terlalu menunjukkan kasih sayang hanya membuatkan lelaki rimas.
  • Lelaki inginkan hubungan yang bebas daripada manipulasi:
Lelaki tidak mahu sebarang sebarang bentuk dalam hubungan.Mereka tidak mahu membaca fikiran atau cuba mentafsir pendapat pasangan.Mereka tidak mahu dipaksa untuk meningkatkan tahap perhubungan selagi belum ke arah itu.Mereka juga tidak mahu dipersalahkan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini dalam perhubungan.Disebabkan itu,wanita sering berasakan lelaki tidak mampu berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memahami hati pasangan.Malah lelaki sering dianggap bersikap sambil lewa.Oleh itu,untuk menambat hati dan membina hubungan hebat,wanita perlu bertanya dengan bijak agar lelaki tidak berasa terikat dan terbeban.

  • Lelaki impikan wanita matang:
Lelaki impikan wanita yang boleh mentertawakan diri sendiri serta mempunyai keberanian dan kekuatan.Mereka mahukan pasangan yang bijak membina hubungan dinamik dan mempunyai emosi stabil.Wanita juga perlu memiliki personaliti da berperibadian baik.Manakala wanita pula sering menganggap lelaki hanya inginkan wanita cantik sebagai pasangan,tanpa mempedulikan tahap kematangan dan kebijaksanaan yang ada dalam diri wanita.Walaupun lelaki impikan wanita matang,tidak semestinya wanita tidak boleh menunjukkan emosi mereka,cuma wanita perlu bijak memilih masa dan belajar mengawal emosi serta ekpresi.

  • Lelaki perlukan ketaatan dan komitmen dalam perhubungan:
Ketaatan dan kesetiaan amat penting dalam hubungan.Seperti wanita,lelaki juga mahukan pasangan mereka taat dan setia dalam perhubungan.Lelaki tidak mahu wanita yang suka bermain mata,sebaliknya mengingini wanita yang sanggup menyerahkan seluruh hatinya terhadap perhubungan mereka.Ini bertentangan dengan pemikiran kebanyakan wanita yang berpendapat lelaki hanya mahukan seks dan meninggalkan mereka apabila bertemu wanita yang lebih jelita.Lelaki juga sering di anggap sebagai insan yang tidak boleh dipercayai serta tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen.
  • Lelaki impikan wanita yang boleh memberi sokongan dan kritikan:
 Ramai wanita tidak berani menyatakan pendapat mereka terhadap pasangan kerana bimbang ia boleh menjatuhkan ego sehingga mereka berasa diri serba kekurangan.Lelaki ingin dipuji.Mereka memerlukan sokongan pasangan dalam segala tindakan dan menunjukkan mereka layak untuk dicintai dan dihargai.Ini bertentangan dengan pemahaman wanita yang berasakan lelaki tidak memerlukan pujian dan tidak mahu mendengar kritikan daripada pasangan.Justeru,belajarlah untuk menyatakan sokongan dan kritikan anda dengan cara paling halus terhadap pasangan.


 

Wednesday, December 1, 2010

Lelaki Idaman Wanita

  1. Lelaki Tulen: Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.
  2. Lelaki Yang Berharga:   Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
  3. Lelaki Yang Teguh Jiwa:   Tidak mudah mengalirkan air mata.Bila lelaki menangis,maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
  4. Lelaki Yang Sederhana: Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
  5. Lelaki Yang Cantik: Wanita menganggap kecantikan lelaki pada perangainya dan kebersihan hatinya.
  6. Lelaki Yang Punya Pendirian:  Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
  7. Lelaki Yang Kemas Dan Bersih: Menjaga kebersihan serta rapi.Pakainnya kemas dan tidak nampak canggung.
  8. Lelaki Yang Cerdik: Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
  9. Lelaki Yang Cekap: Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
  10. Lelaki Yang Bijak: Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau kemampuan dirinya.
  11. Lelaki Yang Tabah: Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan,kesuntukan masa,atau cemas.
  12. Lelaki Yang Berwawasan: Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang.Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya.Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
  13. Lelaki Yang Baik: Tidak suka berfoya-foya.Taat kepada suruhan agama.Tidak berjudi,berzina atau minum arak.
  14. Lelaki Yang Sopan: Tanu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
  15. Lelaki Yang Mengasihi: Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu.Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
  16. Lelaki Yang Ceria: Boleh berjenaka dan berkongsi cerita.Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.