BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Manfaat Tumbuhan Liar Untuk Kaum Adam

  • Kemenyan:
Kemenyan atau disebut Styrax Benzoin Dryand dalam bahasa saintifiknya merupakan tumbuhan liar yang hidup subur di dalam hutan.Tumbuhan ini ditanam dengan menggunakan kaedah penanaman biji benih.Menariknya,biji benihnya boleh disimpan sehingga sebulan sebelum ditanam.
              Khasiat: Kemenyan halus yang ditabur di dalam air mendidih dan disejukkan seketika boleh digunakan untuk mencuci dan merawat luka selepas berkhatan.
  • Pinang pacat 
Pinang pacat merupakan spiesis pohon palma kecil yang tumbuh serumpun.Habitat utamanya adalah di kawasan hutan pamah,hutan bukit dan hutan bukit tinggi.Secara fizikal,buah pinang pacat berbentuk lonjong.ia menghasilkan buah bewarna putih kuning semasa muda dan bertukar menjadi merah setelah masak serta boleh dimakan dengan sirih sebagai pengganti pinang.
              Khasiat: Bahagian akar dan batangnya yang direbus bersama tongkat ali dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin lelaki.
  • Lemba
Lembah adalah tumbuhan herba yang mempunyai daun bertangkai pendek,lurus atau panjang.Ia mempunyai bunga bewarna kuning cerah berukuran lima hingga 20sentimeter panjang.Buahnya berwarna hijau sewaktu muda dan bertukar menjadi putih setelah masak.
              Khasiat:  Air rebusan daun dan akar pohon lembah dipercayai dapat mengatasi masalah mati pucuk yang amat digeruni oleh kaum lelaki.

Pokok Lemba
 


                                                     Styrax Benzoin Dryand(kemenyan)


Buah Pinang Pacat  

1 comment: