BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 30, 2010

Selami Lubuk Jiwa Wanita

  1. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikiranya walaupun dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  2. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian.
  3. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah membuat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
  4. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.Jadi,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
  5. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
  6. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika .Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan ,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan,dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  8. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.
  9. Bersikap serius boleh mematikan mood wanita.
  10. bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah olah tidak berminat tetapi sebaik saja gagang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  11. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  12. Senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
  13. Jika kamu menyukai seorang wanita ,cubalah mulakan dengan persahabatan ,kemudian biarlah dia mengenali kamu dengan lebih mendalam.
  14. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia tidak berminat denganmu.
  15. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  16. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri.
  17. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam kedalam matanya,dia akan cair seperti coklat.
  18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yanag dicari oleh wanita ialah siap yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelai yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya.
  22. Satu ucapan "Hi" sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak pikat kawan mereka yang paling cantik.
  25. Cinta bermaksud kesetian,ambil berat,jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi.
  26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
  27. Senjata wanita ialah air mata.
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan buatnya(hadiah,bunga,atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Bila tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  30. Wanita sukar hendak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan.).
renung-renungkanlah...(^_^)

Sunday, November 28, 2010

Apa Ada Dalam HATI

Dalam hati ada nawaitu yang suci
Dalam hati ada keyakinan jati diri
Dalam hati ada sendu yang murni
Dalam hati ada cinta yang abadi

Dalam hati ada keinsanan yang bererti
Dalam hati ada memori yang bermakna
Dalam hati ada kesyahduan meniti
Dalam hati ada pilihan utama

Dalam hati ada cita-cita yang tinggi
Dalam hati ada cinta tulus sejati
Dalam hati ada ilusi muhasabah diri
Dalam hati ada nurani menjana diri

Dalam hati ada nafsu berahi
Dalam hati ada hasad dan dengki
Dalam hati ada hasutan iblis
Dalam hati ada khianat sesama sendiri

Dalam hati ada ketandusan fikiran yang menghantui 
Dalam hati ada kerakusan tidak bertepi
Dalam hati ada keingkaran pada ilahi
Dalam hati ada ironi merobek diri

Dalam apa saja wajar ada keimanan
Dalam apa saja ada ketaqwaan pada ilahi
Dalam apa saja ada amalan dan ajaran
Dalam apa saja ada petunjuk ilahi

Dunia ini adalah sementara buat seketika 
Duniawi dan uhrawi seimbang menghayati 
Sakratul maut tidak dapat dijangka
Segala-galanya ketentuan ilahi Rabbi

apa ada dalam hati anda?