BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 22, 2010

8 ASAS jadi lelaki GENtleMan..erm erm..!!!

Hari ini saya akan mengupas serba sedikit tentang 8 asas untuk menjadi seorang yang dikatakan gentleman...erm erm erm....hehe..!!...khas untuk semue yang bergelar lelaki...!!
  • SELALU BERKELAKUAN BAIK
Biarpun korang tidak menyukai seseorang,jangan pamerkan sikap kurang senang itu sebaliknya perlu sentiasa berkelakuan baik dan bersopan-santun.Walaupun ada yang cuba menyakiti hati korang,tak usah membalas perbuatan itu.Letakkan diri di tahap yang paling rasional.Pasti korang tidak akan rugi. 
  • JAGA NADA PERCAKAPAN 
Jika korang selalu bercakap dengan suara yang tinggi,ia akanmeletakkan korang dalam situasi yang menyakitkan.Orang di sekeliling akan dianggap korang sombong atau angkuh.Anggapan negatif ini akan membuatkan korang hilang keyakinan dan kepercayaan daripada orang ramai terutamanya ketika korang mahu meluahkan pendapat.
  • ELAK MAKI HAMUN 
Jangan cuba mencari nahas dengan menghadiahkan kepada sesiapa makian atau kutukan biarpun hati terlalu sakit.Apabila mudah melenting hingga terhambur segala makian dan kutukan,ia yang melabelkan korang sebagai individu yang bermasalah serta kurang ajar.
  • CUBA BERSABAR
Jika tahap kesabaran sudah hilang,sebenarnya ia menunjukkan pada semua yang korang mudah tewas dengan emoosi sendiri.Jika gagal mengawal perasaan marah,bagaimana korang mahu mengawal hal lain terutamanya yang melibatkan emosi??Bersikap tenang dan rasional biarpun berhadapan dengan situasi sulit,pasti semua orang bersedia menerima korang.
  • BERHENTI MERENUNG TAJAM
Renungan mempunyai pelbagai maksud terpendam,tersirat dan tersembunyi.Ada kalanya orang akan merasa terganggu dengan renungan itu dan tertanya-tanya tujuan korang merenung sedemikian rupa.Pasti pelbagai tanggapan yang muncul di benaknya termasuklah dari sudut negatif.Tindakan ini juga boleh melabelkan sebagai Psychological Aggresison iaitu pencerobohan dari sudut psikologi.
  • ELAK MENYAMPUK
Biar orang lain menghabiskan kata-katanya sebelum korang memberi komen.Gangguan dalam komunikasi dua hala antara perkara yang harus dijauhi.Ia juga akan menjejaskan tahap sosial korang.Apabila seseorang sudah habis menguraikan kata-katanya,barulah giliran korang untuk meluahkan apa yang ingin disampaikan.
  • JANGAN MELUDAH
Perbuatan yang tidak senonoh dan boleh mengganggu emosi orang lain.Memang menjijikkan apabila korang meludah tidak kira tempat terutamanya di kawasan awam.Ia juga menunjukkan yang korang ni seorang yang pengotor.
  • HORMATI YANG LEBIH TUA
Jika mahu diri dihormati,korang harus menghormati orang lain terutamanya mereka yang lebih tua.Lagipun kini,ramai yang sudah hilang hormat terhadap orang lain.Orang muda mudah menganggap mereka tahu segala-galanya,sedangkan hakikatnya yang lebih tua sudah tentu makan garam terlebih dahulu.Pengalaman dan kemahiran bukan perkara utama untuk korang tidak menghormati orang yang lebih tua.

sekian....   

No comments:

Post a Comment