BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Manfaat Tumbuhan Liar Untuk Kaum Adam

  • Kemenyan:
Kemenyan atau disebut Styrax Benzoin Dryand dalam bahasa saintifiknya merupakan tumbuhan liar yang hidup subur di dalam hutan.Tumbuhan ini ditanam dengan menggunakan kaedah penanaman biji benih.Menariknya,biji benihnya boleh disimpan sehingga sebulan sebelum ditanam.
              Khasiat: Kemenyan halus yang ditabur di dalam air mendidih dan disejukkan seketika boleh digunakan untuk mencuci dan merawat luka selepas berkhatan.
  • Pinang pacat 
Pinang pacat merupakan spiesis pohon palma kecil yang tumbuh serumpun.Habitat utamanya adalah di kawasan hutan pamah,hutan bukit dan hutan bukit tinggi.Secara fizikal,buah pinang pacat berbentuk lonjong.ia menghasilkan buah bewarna putih kuning semasa muda dan bertukar menjadi merah setelah masak serta boleh dimakan dengan sirih sebagai pengganti pinang.
              Khasiat: Bahagian akar dan batangnya yang direbus bersama tongkat ali dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin lelaki.
  • Lemba
Lembah adalah tumbuhan herba yang mempunyai daun bertangkai pendek,lurus atau panjang.Ia mempunyai bunga bewarna kuning cerah berukuran lima hingga 20sentimeter panjang.Buahnya berwarna hijau sewaktu muda dan bertukar menjadi putih setelah masak.
              Khasiat:  Air rebusan daun dan akar pohon lembah dipercayai dapat mengatasi masalah mati pucuk yang amat digeruni oleh kaum lelaki.

Pokok Lemba
 


                                                     Styrax Benzoin Dryand(kemenyan)


Buah Pinang Pacat  

Sunday, December 5, 2010

Apa Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?

  • Lelaki dambakan kejujuran dan komunikasi mesra: 
Ada wanita percaya lelaki sukakan pasangan yang boleh mengikuti apa sahaja kehendak tanpa bantahan.Ada juga yang berpendapat wanita tidak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat dan khuatir pendapat mereka hanyalah dipandang sebelah mata oleh pasangan.Sebenarnya,lelaki mengutamakan kejujuran dalam berkomunikasi.Mereka mahu pasangan memberi jawapan,pendapat dan informasi dengan jujur dan bukannya mengikut sahaja segala percakapan mereka.Lelaki juga mahu pasangan mereka menyatakan kehendak dengan penuh keyakinan dan realistik dalam membincangkan sesuatu topik.Paling penting,jangan menjadi terlalu kritikal dan emosi.

  • Lelaki mahukan wanita yang berkeyakinan dan berdikari:
Lelaki mahukan wanita memilih mereka sebagai pasangan hidup kerana cinta bukannya kerana terpaksa atau harta.Mereka ingin dimanja dan berasa diri diperlukan oleh pasangan.Malah begitu menghargai masa yang diluangkan bersama.Namun,itu bukan bermakna mereka mahukan wanita yang hanya mengharapkan dan bergantung kepada mereka semata-mata.Dalam masa yang sama,mereka juga mahukan pasangan yang aktif dan berdikari.Sedangkan wanita pula memikirkan bahawa lelaki tidak begitu menghargai masa yang mereka nikmati bersama.Dan mereka juga percaya,terlalu menunjukkan kasih sayang hanya membuatkan lelaki rimas.
  • Lelaki inginkan hubungan yang bebas daripada manipulasi:
Lelaki tidak mahu sebarang sebarang bentuk dalam hubungan.Mereka tidak mahu membaca fikiran atau cuba mentafsir pendapat pasangan.Mereka tidak mahu dipaksa untuk meningkatkan tahap perhubungan selagi belum ke arah itu.Mereka juga tidak mahu dipersalahkan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini dalam perhubungan.Disebabkan itu,wanita sering berasakan lelaki tidak mampu berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memahami hati pasangan.Malah lelaki sering dianggap bersikap sambil lewa.Oleh itu,untuk menambat hati dan membina hubungan hebat,wanita perlu bertanya dengan bijak agar lelaki tidak berasa terikat dan terbeban.

  • Lelaki impikan wanita matang:
Lelaki impikan wanita yang boleh mentertawakan diri sendiri serta mempunyai keberanian dan kekuatan.Mereka mahukan pasangan yang bijak membina hubungan dinamik dan mempunyai emosi stabil.Wanita juga perlu memiliki personaliti da berperibadian baik.Manakala wanita pula sering menganggap lelaki hanya inginkan wanita cantik sebagai pasangan,tanpa mempedulikan tahap kematangan dan kebijaksanaan yang ada dalam diri wanita.Walaupun lelaki impikan wanita matang,tidak semestinya wanita tidak boleh menunjukkan emosi mereka,cuma wanita perlu bijak memilih masa dan belajar mengawal emosi serta ekpresi.

  • Lelaki perlukan ketaatan dan komitmen dalam perhubungan:
Ketaatan dan kesetiaan amat penting dalam hubungan.Seperti wanita,lelaki juga mahukan pasangan mereka taat dan setia dalam perhubungan.Lelaki tidak mahu wanita yang suka bermain mata,sebaliknya mengingini wanita yang sanggup menyerahkan seluruh hatinya terhadap perhubungan mereka.Ini bertentangan dengan pemikiran kebanyakan wanita yang berpendapat lelaki hanya mahukan seks dan meninggalkan mereka apabila bertemu wanita yang lebih jelita.Lelaki juga sering di anggap sebagai insan yang tidak boleh dipercayai serta tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen.
  • Lelaki impikan wanita yang boleh memberi sokongan dan kritikan:
 Ramai wanita tidak berani menyatakan pendapat mereka terhadap pasangan kerana bimbang ia boleh menjatuhkan ego sehingga mereka berasa diri serba kekurangan.Lelaki ingin dipuji.Mereka memerlukan sokongan pasangan dalam segala tindakan dan menunjukkan mereka layak untuk dicintai dan dihargai.Ini bertentangan dengan pemahaman wanita yang berasakan lelaki tidak memerlukan pujian dan tidak mahu mendengar kritikan daripada pasangan.Justeru,belajarlah untuk menyatakan sokongan dan kritikan anda dengan cara paling halus terhadap pasangan.


 

Wednesday, December 1, 2010

Lelaki Idaman Wanita

  1. Lelaki Tulen: Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.
  2. Lelaki Yang Berharga:   Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
  3. Lelaki Yang Teguh Jiwa:   Tidak mudah mengalirkan air mata.Bila lelaki menangis,maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
  4. Lelaki Yang Sederhana: Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
  5. Lelaki Yang Cantik: Wanita menganggap kecantikan lelaki pada perangainya dan kebersihan hatinya.
  6. Lelaki Yang Punya Pendirian:  Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
  7. Lelaki Yang Kemas Dan Bersih: Menjaga kebersihan serta rapi.Pakainnya kemas dan tidak nampak canggung.
  8. Lelaki Yang Cerdik: Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
  9. Lelaki Yang Cekap: Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
  10. Lelaki Yang Bijak: Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau kemampuan dirinya.
  11. Lelaki Yang Tabah: Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan,kesuntukan masa,atau cemas.
  12. Lelaki Yang Berwawasan: Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang.Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya.Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
  13. Lelaki Yang Baik: Tidak suka berfoya-foya.Taat kepada suruhan agama.Tidak berjudi,berzina atau minum arak.
  14. Lelaki Yang Sopan: Tanu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
  15. Lelaki Yang Mengasihi: Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu.Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
  16. Lelaki Yang Ceria: Boleh berjenaka dan berkongsi cerita.Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.