BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 1, 2010

Lelaki Idaman Wanita

  1. Lelaki Tulen: Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.
  2. Lelaki Yang Berharga:   Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
  3. Lelaki Yang Teguh Jiwa:   Tidak mudah mengalirkan air mata.Bila lelaki menangis,maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
  4. Lelaki Yang Sederhana: Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
  5. Lelaki Yang Cantik: Wanita menganggap kecantikan lelaki pada perangainya dan kebersihan hatinya.
  6. Lelaki Yang Punya Pendirian:  Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
  7. Lelaki Yang Kemas Dan Bersih: Menjaga kebersihan serta rapi.Pakainnya kemas dan tidak nampak canggung.
  8. Lelaki Yang Cerdik: Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
  9. Lelaki Yang Cekap: Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
  10. Lelaki Yang Bijak: Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau kemampuan dirinya.
  11. Lelaki Yang Tabah: Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan,kesuntukan masa,atau cemas.
  12. Lelaki Yang Berwawasan: Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang.Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya.Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
  13. Lelaki Yang Baik: Tidak suka berfoya-foya.Taat kepada suruhan agama.Tidak berjudi,berzina atau minum arak.
  14. Lelaki Yang Sopan: Tanu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
  15. Lelaki Yang Mengasihi: Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu.Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
  16. Lelaki Yang Ceria: Boleh berjenaka dan berkongsi cerita.Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.          
 

No comments:

Post a Comment