BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Manfaat Tumbuhan Liar Untuk Kaum Adam

  • Kemenyan:
Kemenyan atau disebut Styrax Benzoin Dryand dalam bahasa saintifiknya merupakan tumbuhan liar yang hidup subur di dalam hutan.Tumbuhan ini ditanam dengan menggunakan kaedah penanaman biji benih.Menariknya,biji benihnya boleh disimpan sehingga sebulan sebelum ditanam.
              Khasiat: Kemenyan halus yang ditabur di dalam air mendidih dan disejukkan seketika boleh digunakan untuk mencuci dan merawat luka selepas berkhatan.
  • Pinang pacat 
Pinang pacat merupakan spiesis pohon palma kecil yang tumbuh serumpun.Habitat utamanya adalah di kawasan hutan pamah,hutan bukit dan hutan bukit tinggi.Secara fizikal,buah pinang pacat berbentuk lonjong.ia menghasilkan buah bewarna putih kuning semasa muda dan bertukar menjadi merah setelah masak serta boleh dimakan dengan sirih sebagai pengganti pinang.
              Khasiat: Bahagian akar dan batangnya yang direbus bersama tongkat ali dipercayai dapat meningkatkan tenaga batin lelaki.
  • Lemba
Lembah adalah tumbuhan herba yang mempunyai daun bertangkai pendek,lurus atau panjang.Ia mempunyai bunga bewarna kuning cerah berukuran lima hingga 20sentimeter panjang.Buahnya berwarna hijau sewaktu muda dan bertukar menjadi putih setelah masak.
              Khasiat:  Air rebusan daun dan akar pohon lembah dipercayai dapat mengatasi masalah mati pucuk yang amat digeruni oleh kaum lelaki.

Pokok Lemba
 


                                                     Styrax Benzoin Dryand(kemenyan)


Buah Pinang Pacat  

Sunday, December 5, 2010

Apa Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?

  • Lelaki dambakan kejujuran dan komunikasi mesra: 
Ada wanita percaya lelaki sukakan pasangan yang boleh mengikuti apa sahaja kehendak tanpa bantahan.Ada juga yang berpendapat wanita tidak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat dan khuatir pendapat mereka hanyalah dipandang sebelah mata oleh pasangan.Sebenarnya,lelaki mengutamakan kejujuran dalam berkomunikasi.Mereka mahu pasangan memberi jawapan,pendapat dan informasi dengan jujur dan bukannya mengikut sahaja segala percakapan mereka.Lelaki juga mahu pasangan mereka menyatakan kehendak dengan penuh keyakinan dan realistik dalam membincangkan sesuatu topik.Paling penting,jangan menjadi terlalu kritikal dan emosi.

  • Lelaki mahukan wanita yang berkeyakinan dan berdikari:
Lelaki mahukan wanita memilih mereka sebagai pasangan hidup kerana cinta bukannya kerana terpaksa atau harta.Mereka ingin dimanja dan berasa diri diperlukan oleh pasangan.Malah begitu menghargai masa yang diluangkan bersama.Namun,itu bukan bermakna mereka mahukan wanita yang hanya mengharapkan dan bergantung kepada mereka semata-mata.Dalam masa yang sama,mereka juga mahukan pasangan yang aktif dan berdikari.Sedangkan wanita pula memikirkan bahawa lelaki tidak begitu menghargai masa yang mereka nikmati bersama.Dan mereka juga percaya,terlalu menunjukkan kasih sayang hanya membuatkan lelaki rimas.
  • Lelaki inginkan hubungan yang bebas daripada manipulasi:
Lelaki tidak mahu sebarang sebarang bentuk dalam hubungan.Mereka tidak mahu membaca fikiran atau cuba mentafsir pendapat pasangan.Mereka tidak mahu dipaksa untuk meningkatkan tahap perhubungan selagi belum ke arah itu.Mereka juga tidak mahu dipersalahkan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini dalam perhubungan.Disebabkan itu,wanita sering berasakan lelaki tidak mampu berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memahami hati pasangan.Malah lelaki sering dianggap bersikap sambil lewa.Oleh itu,untuk menambat hati dan membina hubungan hebat,wanita perlu bertanya dengan bijak agar lelaki tidak berasa terikat dan terbeban.

  • Lelaki impikan wanita matang:
Lelaki impikan wanita yang boleh mentertawakan diri sendiri serta mempunyai keberanian dan kekuatan.Mereka mahukan pasangan yang bijak membina hubungan dinamik dan mempunyai emosi stabil.Wanita juga perlu memiliki personaliti da berperibadian baik.Manakala wanita pula sering menganggap lelaki hanya inginkan wanita cantik sebagai pasangan,tanpa mempedulikan tahap kematangan dan kebijaksanaan yang ada dalam diri wanita.Walaupun lelaki impikan wanita matang,tidak semestinya wanita tidak boleh menunjukkan emosi mereka,cuma wanita perlu bijak memilih masa dan belajar mengawal emosi serta ekpresi.

  • Lelaki perlukan ketaatan dan komitmen dalam perhubungan:
Ketaatan dan kesetiaan amat penting dalam hubungan.Seperti wanita,lelaki juga mahukan pasangan mereka taat dan setia dalam perhubungan.Lelaki tidak mahu wanita yang suka bermain mata,sebaliknya mengingini wanita yang sanggup menyerahkan seluruh hatinya terhadap perhubungan mereka.Ini bertentangan dengan pemikiran kebanyakan wanita yang berpendapat lelaki hanya mahukan seks dan meninggalkan mereka apabila bertemu wanita yang lebih jelita.Lelaki juga sering di anggap sebagai insan yang tidak boleh dipercayai serta tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen.
  • Lelaki impikan wanita yang boleh memberi sokongan dan kritikan:
 Ramai wanita tidak berani menyatakan pendapat mereka terhadap pasangan kerana bimbang ia boleh menjatuhkan ego sehingga mereka berasa diri serba kekurangan.Lelaki ingin dipuji.Mereka memerlukan sokongan pasangan dalam segala tindakan dan menunjukkan mereka layak untuk dicintai dan dihargai.Ini bertentangan dengan pemahaman wanita yang berasakan lelaki tidak memerlukan pujian dan tidak mahu mendengar kritikan daripada pasangan.Justeru,belajarlah untuk menyatakan sokongan dan kritikan anda dengan cara paling halus terhadap pasangan.


 

Wednesday, December 1, 2010

Lelaki Idaman Wanita

  1. Lelaki Tulen: Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.
  2. Lelaki Yang Berharga:   Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
  3. Lelaki Yang Teguh Jiwa:   Tidak mudah mengalirkan air mata.Bila lelaki menangis,maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
  4. Lelaki Yang Sederhana: Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
  5. Lelaki Yang Cantik: Wanita menganggap kecantikan lelaki pada perangainya dan kebersihan hatinya.
  6. Lelaki Yang Punya Pendirian:  Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
  7. Lelaki Yang Kemas Dan Bersih: Menjaga kebersihan serta rapi.Pakainnya kemas dan tidak nampak canggung.
  8. Lelaki Yang Cerdik: Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
  9. Lelaki Yang Cekap: Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
  10. Lelaki Yang Bijak: Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau kemampuan dirinya.
  11. Lelaki Yang Tabah: Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan,kesuntukan masa,atau cemas.
  12. Lelaki Yang Berwawasan: Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang.Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya.Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
  13. Lelaki Yang Baik: Tidak suka berfoya-foya.Taat kepada suruhan agama.Tidak berjudi,berzina atau minum arak.
  14. Lelaki Yang Sopan: Tanu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
  15. Lelaki Yang Mengasihi: Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu.Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
  16. Lelaki Yang Ceria: Boleh berjenaka dan berkongsi cerita.Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.          
 

Tuesday, November 30, 2010

Selami Lubuk Jiwa Wanita

  1. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikiranya walaupun dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  2. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian.
  3. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah membuat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
  4. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.Jadi,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
  5. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
  6. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika .Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan ,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan,dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  8. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.
  9. Bersikap serius boleh mematikan mood wanita.
  10. bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah olah tidak berminat tetapi sebaik saja gagang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  11. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  12. Senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
  13. Jika kamu menyukai seorang wanita ,cubalah mulakan dengan persahabatan ,kemudian biarlah dia mengenali kamu dengan lebih mendalam.
  14. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia tidak berminat denganmu.
  15. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  16. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri.
  17. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam kedalam matanya,dia akan cair seperti coklat.
  18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yanag dicari oleh wanita ialah siap yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelai yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya.
  22. Satu ucapan "Hi" sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak pikat kawan mereka yang paling cantik.
  25. Cinta bermaksud kesetian,ambil berat,jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi.
  26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
  27. Senjata wanita ialah air mata.
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan buatnya(hadiah,bunga,atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Bila tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  30. Wanita sukar hendak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan.).
renung-renungkanlah...(^_^)

Sunday, November 28, 2010

Apa Ada Dalam HATI

Dalam hati ada nawaitu yang suci
Dalam hati ada keyakinan jati diri
Dalam hati ada sendu yang murni
Dalam hati ada cinta yang abadi

Dalam hati ada keinsanan yang bererti
Dalam hati ada memori yang bermakna
Dalam hati ada kesyahduan meniti
Dalam hati ada pilihan utama

Dalam hati ada cita-cita yang tinggi
Dalam hati ada cinta tulus sejati
Dalam hati ada ilusi muhasabah diri
Dalam hati ada nurani menjana diri

Dalam hati ada nafsu berahi
Dalam hati ada hasad dan dengki
Dalam hati ada hasutan iblis
Dalam hati ada khianat sesama sendiri

Dalam hati ada ketandusan fikiran yang menghantui 
Dalam hati ada kerakusan tidak bertepi
Dalam hati ada keingkaran pada ilahi
Dalam hati ada ironi merobek diri

Dalam apa saja wajar ada keimanan
Dalam apa saja ada ketaqwaan pada ilahi
Dalam apa saja ada amalan dan ajaran
Dalam apa saja ada petunjuk ilahi

Dunia ini adalah sementara buat seketika 
Duniawi dan uhrawi seimbang menghayati 
Sakratul maut tidak dapat dijangka
Segala-galanya ketentuan ilahi Rabbi

apa ada dalam hati anda?

 

Friday, October 22, 2010

8 ASAS jadi lelaki GENtleMan..erm erm..!!!

Hari ini saya akan mengupas serba sedikit tentang 8 asas untuk menjadi seorang yang dikatakan gentleman...erm erm erm....hehe..!!...khas untuk semue yang bergelar lelaki...!!
  • SELALU BERKELAKUAN BAIK
Biarpun korang tidak menyukai seseorang,jangan pamerkan sikap kurang senang itu sebaliknya perlu sentiasa berkelakuan baik dan bersopan-santun.Walaupun ada yang cuba menyakiti hati korang,tak usah membalas perbuatan itu.Letakkan diri di tahap yang paling rasional.Pasti korang tidak akan rugi. 
  • JAGA NADA PERCAKAPAN 
Jika korang selalu bercakap dengan suara yang tinggi,ia akanmeletakkan korang dalam situasi yang menyakitkan.Orang di sekeliling akan dianggap korang sombong atau angkuh.Anggapan negatif ini akan membuatkan korang hilang keyakinan dan kepercayaan daripada orang ramai terutamanya ketika korang mahu meluahkan pendapat.
  • ELAK MAKI HAMUN 
Jangan cuba mencari nahas dengan menghadiahkan kepada sesiapa makian atau kutukan biarpun hati terlalu sakit.Apabila mudah melenting hingga terhambur segala makian dan kutukan,ia yang melabelkan korang sebagai individu yang bermasalah serta kurang ajar.
  • CUBA BERSABAR
Jika tahap kesabaran sudah hilang,sebenarnya ia menunjukkan pada semua yang korang mudah tewas dengan emoosi sendiri.Jika gagal mengawal perasaan marah,bagaimana korang mahu mengawal hal lain terutamanya yang melibatkan emosi??Bersikap tenang dan rasional biarpun berhadapan dengan situasi sulit,pasti semua orang bersedia menerima korang.
  • BERHENTI MERENUNG TAJAM
Renungan mempunyai pelbagai maksud terpendam,tersirat dan tersembunyi.Ada kalanya orang akan merasa terganggu dengan renungan itu dan tertanya-tanya tujuan korang merenung sedemikian rupa.Pasti pelbagai tanggapan yang muncul di benaknya termasuklah dari sudut negatif.Tindakan ini juga boleh melabelkan sebagai Psychological Aggresison iaitu pencerobohan dari sudut psikologi.
  • ELAK MENYAMPUK
Biar orang lain menghabiskan kata-katanya sebelum korang memberi komen.Gangguan dalam komunikasi dua hala antara perkara yang harus dijauhi.Ia juga akan menjejaskan tahap sosial korang.Apabila seseorang sudah habis menguraikan kata-katanya,barulah giliran korang untuk meluahkan apa yang ingin disampaikan.
  • JANGAN MELUDAH
Perbuatan yang tidak senonoh dan boleh mengganggu emosi orang lain.Memang menjijikkan apabila korang meludah tidak kira tempat terutamanya di kawasan awam.Ia juga menunjukkan yang korang ni seorang yang pengotor.
  • HORMATI YANG LEBIH TUA
Jika mahu diri dihormati,korang harus menghormati orang lain terutamanya mereka yang lebih tua.Lagipun kini,ramai yang sudah hilang hormat terhadap orang lain.Orang muda mudah menganggap mereka tahu segala-galanya,sedangkan hakikatnya yang lebih tua sudah tentu makan garam terlebih dahulu.Pengalaman dan kemahiran bukan perkara utama untuk korang tidak menghormati orang yang lebih tua.

sekian....   

Thursday, October 14, 2010

PEMAKANAN ANTI GEMUK..(^0^)

korang nk memiliki tubuh yg kurus meskipun menikmati pelbagai makanan lazat yg korang nk kan??berikut ada tips yg boleh kamu jdikan panduan agar berat badan korang kekal terkawal sewktu menikmati makanan kegemaran korang..
  • JANGAN TERUS TIDUR SELEPAS MAKAN!!
sewaktu tidur kadar keperluan kalori dlm tubuh individu adalah menurun.Malah kadar metabolisme juga akan terus menurun.Jadi,kalori yg dibawa masuk kedalam tubuh sewaktu korang makan sebeum tidur tadi tidak akan digunakan.Dan inilah yg menyebabkan ia bertukar menjadi lemak.sebaiknya korang tidur selang dua hingga tiga jam selepas makan.
  •  HATI-HATI DENGAN PENCUCI MULUT!!
Kebiasaannya,makanan pencuci mulut ini mengandungi kadar lemak yang terlalu tinggi seperti aiskrim atau kek.Seharusnya korang perlu lebih berhati-hati sewaktu memilih makanan pencuci mulut kerana tersalah pilih ia boleh meningkatkan berat badan korang!!
  • PERIKSA NILAI KANDUNGAN MAKANAN!!
Lazimya kita malas untuk meneliti label yang tertera pada pembungkus makanan yang kita makan.korang perlu peka dengan label yang tertera pada pembungkus makanan kerana pada label tersebut ada tercatat jumlah kalori makanan yang korang nikmati itu.Hati-hati,kerana ada makanan yang berbentuk kecil tetapi kandungan kalorinya cukup tinggi oooo!!!!
  • NIKMATI SAYUR DAN BUAH
Sayur dan buah adalah sumber vitamin dan mineral.Sayur dan buah tiada nilai kalorinya jadi ia tidak membuatkan korang gemuk.malah,sayur juga mengandungi serat yang tinggi yang memberi manfaat dalam melancarkan sistem pencernaan korang.
  •   MINUM AIR KOSONG
Jika korang berhasrat untu mengurangkan nafsu makan,korang boleh minum air kosong sahaja.Tetapi jangan pula diambil berlebihan sehingga korang berhadapan dengan masalah kembung pula!!

KURUS TANPA UBAT

  1. Sarapan pagi.   sarapan pagi boleh membantu menstabilkan hormon dan paras gula dalam dara.Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
  2. Kurangkan pengambilan garam.
  3. Minum lapan gelas sehari.
  4. Elak minuman berkarbonat.
  5. Makan perlahan-lahan.
  6. Lebihkan sayur dan buah
  7. Utamakan pengambilan bijirin dan kekacang.
insyaallah boleh kurus...amin....

BahAM.

Suatu hari Kadir ke balai polis...

Kadir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi..ya apa boleh saya bantu???
Kadir: saya nak buat report tuan.
Polis: pasal apa itu?
Kadir: kawan saya dibaham harimau dikawasan air terjun x jauh dari sini
Polis: pukul berapa kejadian berlaku.??
Kadir: hisshhhh..die(harimau) tak pukul tuan,dia terkam!!
Polis: Habis??!
kadir: Tak habis tuan..!! tinggal kepala!!
Polis: !@!$!@%!$...

Wednesday, October 13, 2010

Masak..

Kejadian ini berlaku di dlm kelas ekonomi rumah tangga.Guru bertnya pada anak muridnya,"masakan sapa yg paling kamu suka d rumah??
murid menjawab...
"saya suka masakan kakak saya,"kata Dewi.
"saya pula suka masakan ibu saya,"kata Raj.
"saya suka masakan bapa saya,"kata Ahmad.
"mengapa pula awak suka masakan bapa awak?" tanya gurunya sekali lagi,agak hairan.
"sebab bapa saya yang memasak di rumah,"jawab Ahmad.
"mengapa emak awak tidak memasak?"tanya guru pula.
"mak saya tidak bole memasak,cikgu,"beritahu pelajar itu.
"mengapa?"tanya cikgu lagi ingin tahu.
"DIA DAH LAMA MENINGGALLAH cikgu!!!" jawab pelajar itu terus terang.
"Gullpp!!!"

Saturday, October 9, 2010

TIngkatkan daya Ingatan

  • Beroleh raga:   Aktiviti fizikal boleh menguatkan jantung dan menggalakkan pergerakan otot.aktiviti sebegini boleh meningkatkan bekalan darah dan nutrisi ke otak.
  •  Tidur cukup:    keletihan boleh menggangu kosentrasi dan kemampuan kamu untuk mempelajari sesuatu yang baru.Namun dengan menikmati tidur yang cukup ia boleh membantu daya ingatan kamu untuk berfungsi.
  • Mengamalkan pemakanan sihat:     Ramai yang memperkatakan tentang khasiat vitamin C,E dan herba ginko biloba yang dikatakan boleh meningkatkan daya ingatan.Namun setakat ini para pengkaji masih belum membuktikan tentang khasiat makanan tambahan tersebut.Sebaik-baiknya,dapatkanlah vitamin yang tubuh kamu perlukan dengan cara mengamalkan pemakanan sihat dan mendapatkan nasihat pakar diet atau doktor sebelum mengambil sesuatu vitamin.
  • Mengawal stress:      Stress boleh membebankan pemikiran sekali gus mengganggu daya ingatanmu.Stress datang tanpa boleh dikawal,lantaran itu kamu perlu mengajar tubuh untuk memberi tindak balas secara berbeza dengan mengamalkan yoga atau terapi relaks yang lain sewaktu menghadapi stress.
  • Mengubat kesedihan:       Jika kamu memiliki masalah insomnia,berasa gelisah dan berputus asa,kamu mungkin menderita masalah kemurungan.Keadaan semakin perlu dirawat secara efektif agar daya ingatan kamu turut meningkat.
  • Pengulangan:             Katakan atau lakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.Lakukannya secara berulang kali bagi membantu untuk mengingat.
  • Menguji minda:         Bagi merangsang daya ingatan,cubalah untuk bermain dengan permainan seperti catur atau sahiba.
  • Bermain dengan angka:           Dengan mengingat nombor telefon,nombor akaun bank atau password kamu boleh memantapkan lagi daya ingatan kamu.
Amalkan aktiviti diatas untuk meningkat daya ingatan korang semua...salam...

Saturday, October 2, 2010

Lelaki Vs PErempuan???50..!!!

  1. lelaki lebih kurang tidur brbnding perempuan.
  2. lebih ramai lelaki yang buta warna berbnding perempuan
  3. kanak-kanak lelaki kebiasaannya empat hingga enam kali brkemungkinan gagap brbnding kanak-kanak perempuan.
  4. secara purata lelaki akan mnghbiskan 145 hari sepnjng idup untuk brcukur.
  5. dlm spnjng hayat seseorang lelaki akn brkelip sebnyk 250 juta kali.
  6. lelaki lebih bnyk tersedu brbnding perempuan.
  7. sekiranya seseorng lelaki itu tidak prnh bercukur,secara purata,jambangnya akn menjadi kurang lapan meter.
  8. lelaki berkahwin dua kali lebih cenderung menjadi gemuk berbanding lelaki bujang.
  9. otak lelaki yang seberat tiga paun lebih kompleks dan rumit untuk difahami.
  10. mngikut satu kajian psikologi,lelaki lebih kurang berbincang tentng perempuan berbnding perempuan yang tiga kali lebih beminat berbicara tntng lelaki.
  11. jangka hayat lelaki lebih pendek berbanding perempuan.mungkin ia berpunca daripada keengganan mereka untuk berjumpa doktor..haha..
  12. lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada perempuan...sbb ape rr..hehe...
  13. perempuan menarik nafas lebih kerap daripada lelaki,manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada perempuan.
  14. sistem bdn lelaki dan perempuan pun tidak sama.lelaki lebih banyak memerlukan oksigen bebanding perempuan supaya mereka dapat menukarkanya menjadi tenaga.
  15. kulit lelaki lebih kasar berbanding perempuan yg kulinye jauh lebih halus..
  16. perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yg kasar dan besar suaranya.
  17. lelaki memiliki tulang anggota yang lebih pnjng berbnding perempuan.
  18. rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu mlm.
  19. sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.
  20. bayi perempuan cenderung lebih cepat berjaln dan bebicara,bayi lelaki 2 bulan lebih lambt.
  21. lebih bnyk kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandungkan bayi lelaki daripada bayi perempuan.
  22. perempuan mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki.
  23. pergantian kelaimin lebih bnyk dilakukan oleh lelaki.
  24. basikal lelaki setang/palang ditengah.
  25. perempuan kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar,sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
  26. lelaki lebih suka berbicara langsung sesuai tujuannya,sementara perbicaraan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan..disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan(intuisi)dan kiri(logik) lebih sedikit pada perempuan.sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.
  27. perempuan mempunyai 75 % lebih bnyk kelenjar keringt/peluh(yg mnghasilkan bau badan)daripada lelaki.
  28. kemampuan indera lelaki untuk mengecap rasa masam lebih rendah berbanding perempuan.
  29. pd saat usia tua perempuan mngalami keguguran rambut,pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan.kebotakan produksi berlebihan dari hormon androgen.(hormon lelaki)
  30. mata lelaki rata-rata lebih besar daripada perempuan,mata perempuan lebih banyk bahagian yg berwrna putih.
  31. lebih bnyk perempuan mnggunakan cermin mata dan kanta lekap,antara usia 16-44 tahun.
  32. secara umum hidung lelaki lebih besar daripd perempuan.sedangkan perempuan mempunyai bibir lebih besar darpd lelaki.
  33. rata-rata pndengarn lelaki menurun sekitar usia 32,perempuan usia 37.
  34. lebih bnyk perempuan dpt mnyanyi tnpa suara sumbang dibnding lelaki.pita suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30% lebih besar.
  35. kekuatan meramas tangn lelaki 2 kali ganda lebih kuat drpd perempuan.
  36. kira-kira 48% lelaki berdengkur ketika tidur ,hnya 22% pd perempuan.
  37. perempuan rata-rata mengambil masa 153 saat berada d tndas,lelaki 113 saat.
  38. rata-rata lelaki membaca lebih lama daripad perempuan,tetapi lebih bnyk dua kali perempuan yg membaca dripda lelaki.
  39. lebih dri 2 kali ganda wanita yg idup sendiri brbnding lelaki setelah usia 65 thun.
  40. memilih wrna merah atau biru?: lelaki lebih bnyk merah,perempuan lebih bnyk memilih biru.
  41. perempuan bnyk mnggunakn kata ganti diri "saya" berbnding lelaki.
  42. lelaki lebih bnyk dlm membaca peta dlm keahlian ukur ruang.lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan(abstrak dan logik)pd waktu bersamaan.
  43. perempuan lebih berani,lebih 55% perempuan memeriksa giginya secar rutin berbnding lelaki 45% pd lelaki.
  44. lebih bnyk wanita yg mnyatakan dirinya sakit kronik drpd lelaki.
  45. rata-rata kaum lelaki memikirkan seks setiap tjuh minit,jumlah itu boleh bervariasi tergantung pada usia dan kesibukan sehari-hari.
  46. lelaki pd umumnya memiliki dara 10% lebih bnyk drpda perempuan.terdpt 5 liter drh dlm tubuhnya dngn 6.5 triliun sel drh merah,sementara perempuan hnya memiliki 4.5 liter darah dngn 5 triliun sel drh merah.
  47. perempuan lebih bnyk berfantasi saat cinta dibandingkan dengn lelaki.
  48. satu bebnding empt wanita berbndin lelaki yg berbicara gagap.
  49. perempuan memproduk 2 juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dlm kandungan,lelaki terus memproduksi sperma sehingga tua.
  50. pada tulang punggung manusia wanita lebih lebar dan besar,mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses persalinan.lebih bnyk timbunan lemak pada punggung .lelaki lebih bnyk timbunan lemak pada perut,sbb 2 perut lelaki boroi..hehe..