BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 14, 2010

PEMAKANAN ANTI GEMUK..(^0^)

korang nk memiliki tubuh yg kurus meskipun menikmati pelbagai makanan lazat yg korang nk kan??berikut ada tips yg boleh kamu jdikan panduan agar berat badan korang kekal terkawal sewktu menikmati makanan kegemaran korang..
  • JANGAN TERUS TIDUR SELEPAS MAKAN!!
sewaktu tidur kadar keperluan kalori dlm tubuh individu adalah menurun.Malah kadar metabolisme juga akan terus menurun.Jadi,kalori yg dibawa masuk kedalam tubuh sewaktu korang makan sebeum tidur tadi tidak akan digunakan.Dan inilah yg menyebabkan ia bertukar menjadi lemak.sebaiknya korang tidur selang dua hingga tiga jam selepas makan.
  •  HATI-HATI DENGAN PENCUCI MULUT!!
Kebiasaannya,makanan pencuci mulut ini mengandungi kadar lemak yang terlalu tinggi seperti aiskrim atau kek.Seharusnya korang perlu lebih berhati-hati sewaktu memilih makanan pencuci mulut kerana tersalah pilih ia boleh meningkatkan berat badan korang!!
  • PERIKSA NILAI KANDUNGAN MAKANAN!!
Lazimya kita malas untuk meneliti label yang tertera pada pembungkus makanan yang kita makan.korang perlu peka dengan label yang tertera pada pembungkus makanan kerana pada label tersebut ada tercatat jumlah kalori makanan yang korang nikmati itu.Hati-hati,kerana ada makanan yang berbentuk kecil tetapi kandungan kalorinya cukup tinggi oooo!!!!
  • NIKMATI SAYUR DAN BUAH
Sayur dan buah adalah sumber vitamin dan mineral.Sayur dan buah tiada nilai kalorinya jadi ia tidak membuatkan korang gemuk.malah,sayur juga mengandungi serat yang tinggi yang memberi manfaat dalam melancarkan sistem pencernaan korang.
  •   MINUM AIR KOSONG
Jika korang berhasrat untu mengurangkan nafsu makan,korang boleh minum air kosong sahaja.Tetapi jangan pula diambil berlebihan sehingga korang berhadapan dengan masalah kembung pula!!

No comments:

Post a Comment