BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 9, 2010

TIngkatkan daya Ingatan

  • Beroleh raga:   Aktiviti fizikal boleh menguatkan jantung dan menggalakkan pergerakan otot.aktiviti sebegini boleh meningkatkan bekalan darah dan nutrisi ke otak.
  •  Tidur cukup:    keletihan boleh menggangu kosentrasi dan kemampuan kamu untuk mempelajari sesuatu yang baru.Namun dengan menikmati tidur yang cukup ia boleh membantu daya ingatan kamu untuk berfungsi.
  • Mengamalkan pemakanan sihat:     Ramai yang memperkatakan tentang khasiat vitamin C,E dan herba ginko biloba yang dikatakan boleh meningkatkan daya ingatan.Namun setakat ini para pengkaji masih belum membuktikan tentang khasiat makanan tambahan tersebut.Sebaik-baiknya,dapatkanlah vitamin yang tubuh kamu perlukan dengan cara mengamalkan pemakanan sihat dan mendapatkan nasihat pakar diet atau doktor sebelum mengambil sesuatu vitamin.
  • Mengawal stress:      Stress boleh membebankan pemikiran sekali gus mengganggu daya ingatanmu.Stress datang tanpa boleh dikawal,lantaran itu kamu perlu mengajar tubuh untuk memberi tindak balas secara berbeza dengan mengamalkan yoga atau terapi relaks yang lain sewaktu menghadapi stress.
  • Mengubat kesedihan:       Jika kamu memiliki masalah insomnia,berasa gelisah dan berputus asa,kamu mungkin menderita masalah kemurungan.Keadaan semakin perlu dirawat secara efektif agar daya ingatan kamu turut meningkat.
  • Pengulangan:             Katakan atau lakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.Lakukannya secara berulang kali bagi membantu untuk mengingat.
  • Menguji minda:         Bagi merangsang daya ingatan,cubalah untuk bermain dengan permainan seperti catur atau sahiba.
  • Bermain dengan angka:           Dengan mengingat nombor telefon,nombor akaun bank atau password kamu boleh memantapkan lagi daya ingatan kamu.
Amalkan aktiviti diatas untuk meningkat daya ingatan korang semua...salam...

No comments:

Post a Comment